Total Pageviews

Pages<-- (''.)

Wednesday, December 21, 2011

HAJI 2011 NO4 - MEDINA ke MEKAH

PERJALANAN KE MEKAH



























Ayam separuh, nasik beriani, bawang & cili idup......13 rial bole makan 2 orang.






Masjidil Haram - Pembesaran Pertama (pintu Malik Abdul Aziz, Ajyad dll) dan Pembesaran Kedua (pintu Malik Fahd) serta sebahagian kawasan Sa’ie kebanyakannya kini adalah berhawa dingin. 
Ketika jemaah Tawaf, sesekali angin nyaman dari penghawa dingin ini akan mendatangi anda di kawasan Tawaf sejurus lepas sudut Rukun Syam…i sehinggalah ke Hajarul Aswad. 
Ia bukan satu keajabian sebagaimana yang dikatakan ramai jemaah































































Pintu Kaabah / Multazam diperbuat dari emas seberat 280kg bernilai lebih USD3.5juta. 
Ketika Nabi Ibrahim ia mempunyai 2 pintu di sebelah Timur dan Barat.
Kini, hanya pintu Timur yang dikekalkan (Subhanallah…ia tepat menghala ke Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). 
Ketinggiannya dari lantai adalah 2 Meter.



Hijir Ismail / kawasan lengkung separa bulatan di antara Rukun Iraqi dan Syami di Kaabah.
Asalnya adalah tempat berteduh Nabi Ibrahim dan kemudian dijadikan kandang kambing puteranya Ismail.
Dulu ia tidak termasuk dalam Kaabah tetapi setelah pembinaan semula oleh Bani Quraisy, sebahagian besar kawasan itu telah dimasukkan dalam Kaabah. 
Jika …anda tidak berpeluang memasuki Kaabah, memadailah memasuki Hijr Ismail ini. Jangan Tawaf melaluinya.



Mizab / pancuran emas ujud selepas pembinaan Kaabah oleh Bani Quraisy.
Ia diperbuat dari emas tulen yang dipasang pada bumbung Kaabah menghala ke Hijr Ismail sewaktu pembinaan atap Kaabah. 
Diriwayatkan bahawa kawasan di bawah Mizab@pancur emas ini merupakan salah satu dari kawasan mustajab untuk berdoa





















TIPS ELAK TERSESAT DI MASJIDIL HARAM
Tips hindari dari tersesat di Masjidil Haram:
1  Datang lebih awal dari waktu solat. Paling tidak, satu jam atau setengah jam sebelum azan berkumandang.

2 Jika ke Masjidil Haram sebaiknya Anda pergi beregu atau berombongan. Jangan pergi sendirian terutama bagi jemaah haji usia lanjut atau ibu-ibu. Hal ini boleh menghindari kejadian tersesat. Jika tersesat saling mengingatkan diantara yang lain.

3 Sebelum masuk masjid, amati sejenak bangunan sekitarnya yang dapat mencirikan dari mana Anda datang dan masuk masjidil Haram, jika boleh ingati nama pintu masjid yang dimasuki.

4 Ketika pertama kali masuk Masjidil Haram, Ingatlah nombor pintu masuk bila perlu catat di buku nota  terutamanya jika anda seorang pelupa. Jadikan pintu tersebut sebagai tempat janji untuk bertemu dengan kawan/ isteri/ suami jika tercicir daripada keluarga/rakan/kumpulan.











































No comments:

Post a Comment