Maaf saya buang video di bilik kecemasan...Hj Samsor
Hari terakhir d dunia sebelum ke barzah....khamis 21 April 2011
Sudah hampir 2 bulan telah berlalu....,
namun ibu:
x jemu2 menziarahimu,
x jemu2 berdoa mendayu2 disisimu,
x jemu2 menepuk2 kuburmu,
x jemu2 merintih pada Allah agar mengampunkanmu ,
x jemu2 menadah tangan memohon Allah menerangi serta menjadikan tempat semadianmu sebaik tempat,
x jemu2 bersimpuh meminta serta berseru kepada Allah memasukakanmu ke dalam surgaNya bersama2 orang mukmin.
Semuga segala doa sunyi dari ibumu yang tabah yang pernah ku kenali diperkenan Allah......Amin! Ya Allah Ya Rabbal A Lamin, Amin!
"Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah)
Bersemadi berebelahan Masjid Jemek An Najah Padang Serai, Kulim
Allahyarham Muhammad Amin Bin Samsor pelajar tahfiz telah pulang ke rahmatullah pada hari khamis 6.30 petang 21 April 2011 dan di semadikan pada 11.45 malam jumaat hari yang sama, hampir genap kurang seminggu umurnya 18 tahun.
Setelah 2 malam berada di ICU Seberang Jaya berpunca dari sebuah motosikal yang melanggarnya semasa sedang dia memberi pertolongan pada orang kehabisan minyak di tepi jalan.
Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya....Amin, ya rabbal alamin.
d unit rawatan rapi
ziarah pusara tokwan Jabbar d Taiping, sebulan sebelum kembali kerahmatullah
selepas solat zohor d surau taman suria, taiping
family trip to Gunung Jerai, Kedah
Mahad Tafiz Ustaz Mat Cerok Bakap, Parit Panjang, Kedah...
(dari umur 8 tahun - 15 tahun d Mahad Tahfiz)
d Mahad Tahfiz Kuala Ketil, Kedah
keluargaku
raya aldilfitri 2010 - keluargaku
Bersemadi di Tanah Perkuburan Masjid An Najah Padang Serai, Kulim, Kedah
Ucapan setinggi penghargaan kepada kesemua yang membantu, teman2 taulan,
teman sekerja, saudara2ku &
terutama semua ahli keluargaku yang turut kehilangan mahkota hati keluarga.
Semuaga Allah mengantikannya dengan lebih baik lagi, insya'Allah!




No comments:
Post a Comment