Total Pageviews

Pages<-- (''.)

Friday, July 1, 2011

Tazkirah Pagi Jumaat D Material Management 1july 2011


Assallammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
Alhamdulillah
Nah ma duhu wa masta'i nuhu
wa nas taq fir hu
wa a'auzubullah himin syuru li am sina
wa min sai yi a tiaq ma lina
mai yah dil llah hu fala mudil la lah
wa mai yu di li fala ha di ya lah
asy a du all la illah ha il lawah
wa asy hadu an na muhamadan rosullah
am ma baaq da

Bila berakhirnya Rejab ini bermakna Syaaban menjelma
kepada sesiapa yang tertinggal posa sila habiskan
juga ingatkan pada kakak, adik pompuan, ibu atau kawan kita,
takut terlupa ganti posa yg sepatutnya clear pada Rejab lepas

Bila sesiapa menyambut ulang tahun kelahiran,
ucap tahniah diberi.....sepatutnya ucapkan saja takziah!
menandakan umurnya sudah dekat pada kematian....

Kematian merupakan kemestian
setiap hidup pasti mati!

selepas kematian kita...
jasad dan ruh dipisahkan
sementara jasad diuruskan oleh saudara kita,
ruh diangkat kelangit....

bila sampai langit pertama,
Malaikat meraikan kepada sesiapa yang betul akidah serta shadahnya.
malanglah pada siapa yang kufur engkar serta mensirikkan Allah

bila sampai langit kedua,
bagaimana kita menunaikan solat yang diwajibkan keatas kita?
silap banyak la pada sesiapa yang x solat, 

bila sampai langit ketiga,
bagaimana harta yang diperolehi, dibelanjakan.?.
apakah sebahagian rezeki yang kita dapat dikeluarkan zakat?
percayalah sebahagian itu ada hak orangnya...

bila sampai langit keempat,
Ibadah posa yang diwajibkan keatas kita ...
hanya sebulan....bukan 11 bulan!
ikhlaskah? 
semasa posa adakah lidah kita dijaga?

bila sampai langit kelima,
sempurnakah haji kita?
ikhlaskah?
kepada yang mampu.....kenapa x pi?
sedangkan kereta & rumah ratusan ribu...mampu la pulak!

bila sampai langit keenam,
apakah tidak pernah kita menyakiti hati ibu bapa?
mohonlah kemaafan selagi ada kesempatan..
pada yang sudah tiada....
berdoalah kepada Allah dan harapkan keampunanNya..

bila sampai langit ketujuh.
pabila orang nyenyak tidur, ada x kita bangun tahjud?
pabila mereka kenyang, kita berposa sunat!
pabila sebahagian rezeki kita dihulurkan pada mereka yang susah
apabila orang ramai bersuka depan tv,pasar,kita iktikaf d masjid dengan kuliah
bilamana subuh, solat waktu, kita berjemaah d masjid / surau
mengumarahkan mesjid dengan aktiviti sehat,
sentiasa bertasbih dan memuji Allah,
menasihati dan mengajak kepada Allah,
menegur & cegah mungkar,
dan perbagai amalan yang dibenci setan,
yang mana nafsu x suka itulah surga habuan kita dan..
yang mana nafsu suka itu lah neraka....

ambillah pengajaran saudaraku.
sentiasalah menambahkan ilmu,
tanpa ilmu tiadalah sempurna ibadah kita kepada Allah

wabillahi taufiq wal hidayah
wassallamualaikum warahmatullahi wa baraktuh


Tazkirah setiap hari Jumaat 8pagi-8.20pagi 
d perhimpunan Material Management, Inokom
pekerja 80 orang





No comments:

Post a Comment